Badan berisi bukan penghalang untuk hamil, wanita ini sebak atas kurniaan rezeki tak disangka

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan zuriat sendiri, namun tidak semua orang bernasib baik dikurniakan cahaya mata dalam tempoh terdekat. Ini kerana terdapat segelintir terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum dapat memeluk bayi tersebut.

Antara salah satu punca gagal memiliki zuriat meskipun sudah lama mendirikan rumahtangga adalah seperti berat badan berlebihan kerana ia dikaitkan dengan penurunan tahap kesuburan di kalangan wanita.

Namun, jika ditakdirkan oleh Allah S.W.T. selain tidak berputus asa untuk terus mencuba mendapatkan zuriat, semestinya rezeki tersebut akan menjadi milik kita dan pasangan seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.

Semalam, tular di laman TikTok mengenai sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita @ayien_shak, di mana dia membuat kejutan kepada suaminya di dalam sebuah kereta akan berita kehamilan yang dinanti-nantikan.

Meskipun kejutan tersebut dilakukan dalam keadaan yang sederhana sahaja,namun suaminya tersentuh hati lantas menghadiahan kucupan di dahi isterinya dengan penuh kesyukuran.

@ayien_shak

alhamdulillah syukur yg tak terhingga untuk rezeki ini terima kasih Allah

♬ Buah Hati – Armada

Menurut wanita itu, dia mengakui takut tidak boleh memberikan zuriat kepada pasangannya sebelum berkahwin disebabkan ‘berisi’. Tambahan pula, dirinya pernah mengalami kemalangan sehingga masih mempunyai besi di bahagian paha.

Selain itu, dia memberitahu dirinya hanya mengamalkan pengambilan asid folik dan jamu sebagai ikhtiar bagi mendapatkan zuriat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikongsikan oleh pasangan itu. Bukan itu sahaja, perkongsian video tersebut seolah-olah memberi sinar harapan kepada wanita di luar sana yang mempunyai nasib sama dengan dirinya.

Tidak kurang juga, ramai meluahkan hasrat yang sama untuk dikurniakan rezeki bagi merasai pengalaman sebagai seorang ibu kelak.

Sumber: TikTok @ayien_shak