Badan Kurus Didakwa Ambil Barang Terlarang, Adam Lee Luah Rasa Berang – “Tak Ikut Kisah Aku, Memandai Buat Cerita Sendiri!”

Badan Kurus Didakwa Ambil Barang Terlarang, Adam Lee Luah Rasa Berang – “Tak Ikut Kisah Aku, Memandai Buat Cerita Sendiri!”

Pelakon, Adam Lee meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang mendakwa dirinya mengambil barang terlarang gara-gara fizikal badannya kurus.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Adam atau nama lengkapnya, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 31, menjelaskan dia perlu menguruskan badan kerana terbabit dalam sukan Muay Thai.

“Bila besar cakap ‘chubby’. Bila kurus kata sakitlah, ambil ‘baranglah’ semua. Aku ada fight Fury Muat Thai 28 Disember ini masuk kategori 73 kilogram (KG).

“Dah la tak mengikuti jalan cerita aku, tapi memandai buat andaian sendiri.

“Lepas habis berlawan aku naikkan berat badan 77 (kg),” katanya.

Dalam masa sama, Adam turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminatnya yang tidak henti menyokong sepanjang karier industri seni sehingga berjaya merangkul trofi aktor Trofi Pembantu Filem Popular.

“Apa pun, terima kasih yang mana sokong aku tak kira saiz badan kurus keding atau berisi. Saya sangat hargai semua,” katanya.

Pada malam kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-37, Adam berjaya membawa pulang trofi anugerah tersebut sekali gus menewaskan nama-nama besar selebriti lain seperti Aiman Hakim, Amir Ahnaf, Kamal Adli, Nadhir Nasar, Datuk Awie dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: Raih 124,448,198 Undian, Ernie Zakri Menangis Bawa Pulang Trofi Bintang Paling Popular! Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 37!

Scroll to Top