‘Badan semakin penat’ – Zii Jia

‘Badan semakin penat’ – Zii Jia

Zii Jia menerima kekalahan di tangan Hong Yang secara positif apabila akur muncul naib juara Terbuka Denmark di Odense pada Isnin. – Foto EPA

PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia meluahkan kemungkinan tidak menyertai Terbuka Perancis yang bermula pada Selasa ekoran kepenatan susulan jadual kejohanan yang padat.

“Sejujurnya saya masih 50-50 untuk ke Terbuka Perancis kerana ini sudah minggu ketiga (Oktober), badan semakin penat.

“Saya akan bincangkan dengan pasukan sama ada saya cukup cergas untuk bermain lagi minggu ini atau tidak,” katanya.

Zii Jia berkata demikian kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tewas kepada Weng Hong Yang dari China dalam saingan akhir Terbuka Denmark pada Ahad.

Scroll to Top