Badang Kedah sasar tiga emas pada Sukma 2024

Badang Kedah sasar tiga emas pada Sukma 2024

Yahaya (lima kanan, belakang) dan Ismasuhaimi (enam kanan, belakang) bersama sebahagian atlet angkat berat Kedah selepas Mesyuarat Tahunan PABK di Menara Alor Setar pada Ahad.

PERSATUAN Angkat Berat Kedah (PABK) menyasarkan untuk menyumbangkan sebanyak tiga pingat emas kepada Kontinjen Kedah pada pentas Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Presiden baharu PABK, Yahaya Sani berkata, seramai 16 atlet angkat berat negeri ini akan menyertai kejohanan yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos di Sarawak.

Menurutnya, lapan atlet lelaki dan lapan atlet perempuan telah dikenal pasti untuk mengalas tanggungjawab tersebut dan persiapan rapi telah dilakukan untuk membantu kontinjen Kedah mencapai sasaran berkenaan.

“Persatuan ini tidak sehebat persatuan sukan lain tapi kita akan melahirkan atlet-atlet angkat berat yang mewalili Kedah bukan sahaja di Sukma tapi juga di peringkat antarabangsa seperti Komanwel.