Buat anda yang peminat tegar bola sepak ni, perasan tak bila tiba saja musim bola, suasana dekat rumah boleh jadi agak ‘tegang’?
Bukan gaduh sebab pasukan mana yang lebih hebat, tapi lebih kepada nak berebut internet dengan ahli keluarga lain!
Mana tidaknya, bayangkan anda tengah syok layan serangan balas pasukan kegemaran, tiba-tiba buffering! Fuhhh, pedih mat hati ni.
Lagi pedih, waktu internet tengah ‘hang’ tu lah anda terlepas gol kemenangan. Waktu tu juga kau cari siapa punca buat internet lambat betul tak?
Isteri Nak Layan Drama, Anak Nak Main Game, Jadi Siapa Yang Menang?

Dalam situasi ‘tegang’ macam ni, kami yakin anda mesti ada sedikit rasa marah pada ahli keluarga yang lain, tapi bila fikirkan balik, mereka pun perlukan hiburan tersendiri.
Jadi, nak tak nak kita yang dah terlepas momen penting ni terpaksalah beralah…
TAPI! Lepas ni anda dah boleh siap sedia awal, lagi-lagi nak dekat musim bola ni, tiada lagi internet slow, tiada lagi buffering, dengan tukar rangkaian internet sedia ada kepada Time Internet.
Chop, chop, chop! Sebelum anda fikir yang Time Internet ni mahal, meh sini kami kongsi apa yang berbaloinya kalau guna Time Internet berbanding yang lain:
– kelajuan luar biasa: anda boleh nikmati internet berkelajuan 600Mbps pada harga RM139 sebulan, 6 bulan pertama hanya pada RM99 (berbanding yang lain, ada yang offer 500Mbps pada RM149, menunjukkan Time Internet lebih berbaloi)
– rangkaian 100% fiber: kurang gangguan dan internet lebih stabil sebab Time Internet memiliki dan menguruskan rangkaian mereka sendiri
– sokongan 24/7: anda boleh hubungi khidmat pelanggan pada bila-bila masa kalau ada sebarang masalah
– fleksibiliti pelan: anda bebas diberi pilihan untuk pelan tersedia, ada 12 bulan, 24 bulan atau pelan tanpa kontrak ikut keselesaan
Hebat kan? Sebab itulah kami kata tukar saja kepada Time Internet, lebih berbaloi, internet pun laju dan anda dah tak perlu hadapi situasi ‘tegang’ lagi dah setiap kali ada game!
Tak percaya? Cuba sendiri dan kami yakin anda tak akan cari yang lain dah. Haa, ni tak lama lagi nak musim bola ni, baik anda tukar sekarang sebelum menyesal!
Tonton Perlawanan Secara LIVE, Menangi Tiket Ke Eropah & Banyak Lagi Dengan Time Internet

Dah nak masuk musim bola ni, Time Internet nak bagi hadiah yang confirm buat peminat tegar bola sepak teruja, antaranya:
Hadiah Utama: 2 tiket untuk menonton perlawanan kelab bola sepak kegemaran secara langsung di Eropah (termasuk pakej pelancongan 5 hari 4 malam)
Hadiah Lumayan: menangi satu daripada 10 jersi asli yang ditandatangani oleh bintang dunia seperti Lamine Yamal, Bruno Fernandes, Son Heung Min, Kevin De Bruyne, dan Alexis Mac Allister
Fuhh, ini dah kira idaman setiap peminat bola sepak! Siapa je yang tak nak tonton perlawanan secara LIVE?! Sebab itulah kena tukar kepada Time Internet sekarang.

Cara nak sertai peraduan ini pun kacang je, ikut saja langkah di bawah:
Pelanggan Baru: daftar mana-mana pelan Time Home Internet, aktifkan sebelum 26 Julai 2026 dan isi borang penyertaan di laman web rasmi Time Internet.
Pelanggan Sedia Ada: lengkapkan saja borang penyertaan di laman web rasmi Time Internet.
Mudahkan? Jangan tunggu sampai minit terakhir! Pastikan musim bola anda tahun ni lebih bermakna dan bebas daripada ‘lag’ dengan Time Internet.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Time Internet, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.




