Baim Wong Akhirnya Dedah Punca Cerai, Isteri Curang Dengan Rakan Baik Sendiri – “Saya Berada Dalam Keadaan Yang Sangat Sulit”

Baim Wong Akhirnya Dedah Punca Cerai, Isteri Curang Dengan Rakan Baik Sendiri – “Saya Berada Dalam Keadaan Yang Sangat Sulit”

Pelakon popular Indonesia, Baim Wong akhirnya mendedahkan mengenai status pergolakan rumah tangganya bersama isteri, Paula Verhoeven telahpun terlerai.

Katanya menerusi laporan berita CNN Indonesia, selama setahun dia telahpun berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya namun gagal.

Walaupun mengakui ia merupakan proses yang sangat sulit, Baim bagaimanapun mendedahkan bahawa perceraian belaku adalah disebabkan perbuatan curang isterinya itu bersama rakan baiknya.

“Selama ini mungkin saya tidak pernah mahu untuk bercerita mnegenai perkara ini. Namun, saya harus tampil supaya ini semua jelas.

“Saya dikhianati dua orang terdekat. Lelaki itu adalah rakan baik saya sendiri. Dan selama setahun ini saya bertahan kerana anak-anak,” katanya kepada pemberita.

Baim sebelum ini mengesahkan dia telahpun membuat permohonan cerai terhadap Paula Verhoeven pada Isnin di Mahkamah Agama Jakata Selatan, Indonesia.

Sebelum ini, Baim ketika ditemui media usai acara ulang tahun perdana jenama Brik di sebuah pusat beli-belah ternama di ibu kota bagaimanapun  enggan mengulas lanjut mengenai status rumah tangganya bersama isterinya.

Malah, berharap peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

Sekadar info, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018. Hasil perkahwinan pasanagn itu dikurniakan dengan dua oang cahaya mata iaitu, Kiano, 3 dan Kenzo, 2.

ARTIKEL BERKAITAN:Spekulasi Pergolakan Rumah Tangga Terjawab, Peguam Sahkan Baim Wong Fail Cerai Terhadap Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:Baim Wong Buka Pintu Rezeki Di Indonesia, Anna Jobling Dapat 3 Tawaran Filem Selepas Lembayung!

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Baim Wong Tetap Kunci Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Paula Berholak – “Doakan Yang Terbaik”

Sumber: CNN Indonesia, TikTok

Scroll to Top