“Bajet Handsome” – Disangka Rakam Wajah Anak, Wanita Terkejut Kena Tengking Dengan Artis

“Bajet Handsome” – Disangka Rakam Wajah Anak, Wanita Terkejut Kena Tengking Dengan Artis

Oh! Artis

Wanita dakwa kena tengking dengan artis di sebuah kedai.


Niat asal cuma mahu bertegur sapa, tetapi lain pula jadinya apabila seorang wanita mendakwa dia tiba-tiba dimarahi seorang artis ketika berada di sebuah kedai.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan mendakwa insiden itu berlaku selepas dia menyapa seorang artis lelaki dan memuji anaknya yang berada di dalam stroller.

Wanita dakwa tak rakam apa-apa

Menurut wanita itu, artis berkenaan pada awalnya membalas sapaan “hai” sambil menolak anaknya di dalam stroller.

Namun, situasi didakwa berubah apabila wanita tersebut memuji anak artis itu comel sambil memegang telefon yang menghala ke depan.

Katanya, dia tidak merakam apa-apa ketika itu, namun artis berkenaan didakwa terus menegurnya supaya tidak merakam.

Artis RR tu bajet handsome doe, dia lalu tepi dekat dalam satu kedai ni dan aku tegur hai je. Pastu dia balas hai balik sambil tolak anak dia dalam stroller aku cakap, “Comeynyee anak dia” sambil pegang fon hala ke depan tapi tak record pape pun terus dia marah-marah cakap “TOLONG JANGAN RECORD”. HAHA ya Allah dah la tengking-tengking dalam kedai tu. Kalau aku malunya perasan artis sangat sampai mcm tu sekali.

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian ramai apabila wanita tersebut turut menyambung cerita di ruangan balasan.

“Dia tengking wh memang kuat gila”

Dalam hantaran susulan, wanita itu mendakwa dia bersama rakan-rakannya terkejut dengan teguran tersebut.

Malah, dia mendakwa beberapa penjual di dalam kedai berkenaan turut terdiam melihat situasi yang berlaku.

Wanita itu turut mendakwa teguran tersebut dibuat dengan suara yang kuat sehingga membuatkan dirinya hilang mood untuk membeli barang.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada individu yang didakwa terlibat mengenai dakwaan tersebut.

Pssttt! Dalam situasi begini, kedua-dua pihak sebenarnya perlu lebih berhati-hati. Orang ramai wajar peka apabila memegang telefon berhampiran anak kecil atau individu dikenali kerana ia boleh menimbulkan salah faham.

Namun, kalau benar tidak selesa, teguran juga boleh dibuat dengan cara lebih berhemah. Kadang-kadang cara kita bercakap itulah yang menentukan sama ada keadaan selesai dengan baik atau menjadi lebih tegang.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top