Farizan Zainal / ROTIKAYA
12 Nov 2024, 5:50 PM
Nampaknya fenomena Fattah Amin masih lagi menjadi bualan ramai apabila baju edisi khas yang dikeluarkan pelakon itu habis dijual dalam masa 22 saat di aplikasi TikTok. Difahamkan, baju tersebut dijual secara siaran langsung sempena promosi 11.11 semalam.
BACA: Rezeki Tak Putus Lepas Cerai, Fattah Amin Berlakon Video Muzik Aina Abdul
Dalam pada itu, ada dikalangan peminat tidak dapat membeli baju berkenaan kerana baru saja beg kuning dibuka terus habis dijual.
“Aduh baru nak beli untuk suami. Mana tahu bila suami pakai ada aura macam Fattah Amin,” komen netizen. Tak sempat nak beli.
“Punyalah tunggu beg kuning dibuka. Sekali sold out,” komen seorang lagi netizen.
SUMBER: HibGlam



