Nama penyanyi dangdut popular, Mas Idayu kembali hangat diperkatakan selepas tular satu rakaman persembahannya di media sosial.
Dalam video berkenaan, beliau dilihat tampil dengan pakaian glamor sambil bergelek ketika membuat persembahan.
“Baju ketat pakai tudung”
Aksi itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi bercampur-baur dalam kalangan netizen yang menonton. Ada yang terhibur, namun tak kurang juga yang tampil memberi teguran.
Menerusi ruangan komen, ada netizen yang menyuarakan rasa kurang senang dengan penampilan Mas Idayu yang dilihat mengenakan pakaian ketat meskipun bertudung.
Malah, ada juga yang menasihatkan agar beliau memperlahankan rentak persembahan seperti itu.

Walaupun isu ini nampak kecil, ia mencetuskan perdebatan hangat di TikTok. Ada yang melihat ia sekadar hiburan semata-mata, tetapi ada juga yang menganggap ia sebagai peringatan mengenai batas penampilan seorang artis terutama apabila berhijab.
Ada juga yang memuji bentuk badannya yang dikatakan masih cantik dan menarik walaupun usianya sudah meningkat.
Apa pun, Mas Idayu tetap dikenali sebagai ratu dangdut tanah air yang penuh pengalaman di pentas hiburan, dan setiap langkahnya pasti akan terus diperhatikan ramai.
Pssttt! Sebagai artis, setiap gerak-geri pasti menjadi perhatian lebih-lebih lagi apabila sudah memakai hijab. Semoga yang baik-baik je untuk Mommy Mas Idayu.
Kredit: TikTok @azrul_azhar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




