Baru-baru ini persembahan penyanyi dangdut, Mas Idayu menjadi perhatian apabila tular satu video di media sosial.
Menerusi video dikongsikan, Mas Idayu dilihat tampil dengan dress kuning bersama penyanyi Farez Adnan dengan menyanyikan lagu Air Titik Ke Batu.
BACA: Mas Idayu Tak Tolak Jika Bertemu Jodoh Semula
Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan aksi gelek penyanyi itu yang didakwa berlebihan serta tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab.
Diruangan komen, ada yang menegur penampilan penyanyi itu yang berpakaian ketat meskipun sudah bertudung.
Malah, ada yang mendoakan yang baik-baik buat penyanyi berusia 53 tahun itu untuk berubah ke arah lebih baik.
