“Baju Raya Dah Ready, Jangan Tanya Berapa Pasang”

“Baju Raya Dah Ready, Jangan Tanya Berapa Pasang”

Pelakon Rozita Che Wan berkata Ramadan kali ini dia bersama keluarga melakukan rutin kebiasaan menunaikan solat tarawih bersama. 

Memetik HibGlam, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata dia sudah pun membuat persiapan raya dan tidak sibuk dengan aktiviti seni Ramadan kali ini.

BACA: 12 Tahun Perkahwinan, Che Ta Sifatkan Zain Saidin Suami Yang Menyenangkan 

“Semuanya biasa saja. Selalunya kalau persiapan raya memang saya sudah buat awal dan tiada aktiviti seni yang padat, cuma ada tiga hari penggambaran sahaja.

“Persiapan puasa tiada apa sangat, masak untuk berbuka dan sahur dan tarawih satu famili. Tapi saya tak tarawih di masjid pun, hanya lakukan di rumah saja,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai berapa pasang baju raya untuk Ramadan dan Hari Raya nanti, Che Ta meminta netizen untuk melihat perkongsiannya di media sosial.

“Baju Ramadan tak ada apa pun, hanya pakai Kaftan Che Ta saja. Baju raya sudah ‘ready’, jangan tanya berapa pasang, tengok saja dalam Instagram saya nanti,” katanya.

Sumber: HibGlam


Scroll to Top