Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi sebuah video bersama anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra, 11, yang telah menyentuh hati ramai.
Dalam video tersebut, Shuib memberitahu anaknya bakal membuat persembahan di hadapan orang awam buat pertama kali bersama sebuah radio di Bukit Bintang, jam 9 malam ini.
Pihak radio berkenaan meminta Talita menyanyikan dua lagu berjudul Bayangan Gurauan dan Kesetiaan secara ‘busking’.
Shuib terkejut apabila Talita menangis selepas diberitahu mengenai perkara tersebut sekali gus tidak menyangka bahawa impian anaknya untuk menyanyi dihadapan orang ramai akhirnya tercapai.
“Rupa-rupanya, Talita terlalu nak menyanyi depan orang ramai dan dia memang menunggu peluang macam ini. AllahuAkbar!
“Semoga Allah permudahkan urusan Talita, daddy akan selalu ada di belakang Talita, I’m your biggest fan. Satu keluarga akan turun beri sokongan pada awak,” tulisnya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terharu dan mendoakan agar segala urusan berjalan lancar.
Sebelum ini, bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah berkongsi video mengajar cucu perempuannya, Talita teknik menyanyi sambil baring.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raisuddin Ajar Talita Menyanyi Teknik Baring Sama Seperti Allahyarham Siti Sarah – “Mengimbau Balik Kenangan”




