Apa sahaja tindakan mahupun pengumuman yang disampaikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pastinya menyorot perhatian ramai.
Terbaru, Syed Saddiq memaklumkan bakal memulakan ‘sesuatu’ yang berbeza dalam kerjayanya.
Jelasnya, perkara itu sepatutnya diumumkan lebih awal kepada khalayak namun ditunda pada tarikh 1 Ogos ini.
“1 pintu rezeki ditutup, 10 lagi dibuka.
“Bulan Ogos ini permulaan baru dalam kerjaya yang sedikit berbeza. Tetapi merapatkan saya dengan cara yang luar biasa dengan rakyat.
“Sepatutnya, ia diumumkan hari ini, tapi ‘bos’ baru suruh tunggu masa official ‘check-in’ pejabat pada 1 Ogos,” katanya.
Lebih mencuri perhatian, Syed Saddiq juga sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada penyanyi, Bella Astillah yang digelarnya sebagaia waniat luar biasa kerana banyak memberikannya nasihat dan tunjuk ajar.
Selain, meluahkan rasa teruja untuk menempuhi fasa baharu dalam hidupnya.
“Terima kasih kepada wanita luar biasa Bella Astillah yang banyak berikan nasihat dan tunjuk ajar.
“Looking forward to this new chapter in my life,” kongsinya.




