Bakal Gegar Mega Star Arena 29 November Ini, DiA Misha Omar Jadi Riwayat Cinta Peminat

Bakal Gegar Mega Star Arena 29 November Ini, DiA Misha Omar Jadi Riwayat Cinta Peminat

Tanpa perlu menanti lama selepas kejayaan konsert Back To Basic, penyanyi bersuara emas, Misha Omar akhirnya mengotakan janji apabila mengumumkan bakal menganjurkan konsert berskala besar pada 29 November 2025.

Bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, konsert bertajuk DiA Misha Omar bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya menjadi simbol penghargaan terhadap perjalanan seni penyanyi itu selama lebih dua dekad.

Lebih istimewa, pengumuman ini dibuat tanpa ‘break’, selari dengan pelancaran single terbarunya berjudul Break yang terlebih dahulu mengusik emosi peminat sejak sebulan lalu.

Bukan Sekadar Konsert, Tapi Sebuah Keraian Seni

Nama konsert yang ringkas tetapi penuh makna, DiA Misha Omar, mencerminkan perjalanan seni 23 tahun penyanyi kelahiran Kelantan ini yang sentiasa meletakkan nilai dalam setiap karya.

“DiA Misha Omar bukan hanya tentang saya seorang tapi tentang bagaimana perjuangan karier yang telah ditapaki lebih 20 tahun ini disokong penuh makna oleh pemain industri dan peminat.

“Ironi, saya tidak pernah mempunyai kelab peminat tetapi dengan kuasa karya bermutu yang diberikan kepada saya, dengan kepercayaan peminat bahawa saya masih relevan untuk menghiburkan mereka, maka perjalanan seni saya dapat bertahan sehingga kini.

“Siapa sangka, diam-diam saya berjaya melewati ‘hitam-putih’ 20 tahun sebagai seorang penghibur. Dan DiA Misha Omar adalah titik destinasi baharu yang akan saya tandai dengan sejarah baik dan manis bersama anda semua,” katanya.

Mengangkat tema ‘riwayat cinta’, Misha mahu menjadikan konsert ini sebagai momen paling manis dalam kerjaya seninya.

“Ia umpama sebuah Riwayat Cinta daripada Misha Omar kepada semua. Saya mahu melihat adakah peminat Masih Mempunyai Rasa Itu terhadap Misha Omar. Jika ada, Pulangkan rasa itu dan Semoga Abadi DiA Misha Omar yang akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 29 November 2025 dalam ingatan kita bersama,” katanya.

Dibawakan oleh Double M Production dan dikendalikan oleh Altus Prohouse selaku pengurus konsert, DiA Misha Omar bukan kesinambungan showcase tahun lalu, tetapi merupakan perayaan perjalanan seni yang penuh warna.

Pengurus Konsert, Miselyn Yee Siew menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan peminat.

“Kami tak mahu cakap lebih-lebih, tapi kami jamin pengalaman yang bakal peminat rasai malam itu akan jadi sesuatu yang belum pernah mereka lihat daripada Misha sebelum ini,” katanya.

Tiket untuk menyaksikan DiA Misha Omar kini boleh didapati menerusi https://jiotix.asia/events/dia-misha-omar dengan harga seperti berikut:

SILVER – RM288

GOLD – RM388

PLATINUM – RM488

DIAMOND – RM588

VIP 2 – RM688

VIP 1 – RM1,200 (termasuk Meet & Greet dan Soundcheck Pass)

ROYAL TWIN SEAT (2 pax) – RM1,200

Scroll to Top