Pelik tapi benar! Seorang lelaki kini dalam dilema selepas tunangnya yang sudah lima tahun bertunang enggan berbincang soal perkahwinan.
Dalam video yang tular di TikTok, lelaki itu meluahkan rasa buntu apabila setiap kali dia cuba membincangkan perkahwinan, tunangnya memberikan alasan “tidak bersedia”.
Bakal isteri tak bersedia walaupun dah 5 tahun bertunang
Situasi menjadi semakin tegang apabila tunangnya mencabarnya untuk berkahwin dengan orang lain jika terlalu teringin berumahtangga.
Keadaan ini mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka, sehingga lelaki tersebut kehabisan cara untuk memujuk tunangnya.
“Serius redflag, macam dah ada orang lain” – Netizen
Meskipun sudah lama mengikat pertunangan, wanita itu tetap berdiri teguh dengan alasannya, mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen tentang apa sebenarnya yang membuatkan dia ragu-ragu. Video tersebut meraih perhatian ramai, dengan pelbagai reaksi dan pandangan dari warganet.


OhmediaNasihat:
Dalam hubungan, komunikasi adalah kunci utama untuk menyelesaikan konflik. Jika terdapat isu seperti ini, penting untuk duduk berbincang dengan matang dan memahami keperluan serta perasaan kedua-dua pihak. Jika perlu, dapatkan pandangan daripada ahli keluarga untuk membantu mencari jalan keluar.
