Bakal Keluar Single, Ira Kazar Tak Kisah Dikecam… Terguris Bila Bapa ‘Diserang’ Netizen

Bakal Keluar Single, Ira Kazar Tak Kisah Dikecam… Terguris Bila Bapa ‘Diserang’ Netizen

Bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengaku tidak kisah jika menjadi ‘bahan’ kecaman netizen.

Katanya, apa yang dilihat netizen hanyalah berdasarkan info yang dilihat dimedia sosial dan bukannya perkara sebenar.

 

Mengaku sedih, Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, menegaskan, dia sebaliknya terkesan apabila bapanya yang juga pelakon senior, Kazar Saisi ‘diserang’ netizen berkenaan isu rumah tangganya seperti sebelum ini.

“Tidak mengapa saya dah biasa kena kecam.

“Sebenarnya bagi saya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media sosial.

“Mereka tak tahu perkara sebenar. Tidak mengapa, terpulang apa orang nak cakap.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya tapi bila orang kutuk ayah, memang saya sangat terkesan.

“Sedih jugalah tapi Alhamdulillah ayah pun sekarang dah okay,” katanya.

Sementara itu, Ira memberitahu dia bakal mengeluarkan single terbaharu berjudul ‘Tak Kisah’ tidak lama lagi.

Menurutnya,  lagu tersebut mengisahkan tentang perkara negatif yang berlaku terhadap dirinya dan dia tidak kisah dengan apa yang berlaku.

“Saya bakal keluarkan single tak lama lagi berjudul Tak Kisah. Insya-Allah bulan depan akan rakamkan muzik video.

Tak Kisah sebab lantaklah dengan apa orang nak kata,” ujarnya.

Sekadar info,  nama Ira mula mencuri tumpuan susulan menjadi ‘orang ketiga’ dalam kontroversi rumah tangga  pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul.

Bagaimanapun, Ira dan Syamsul dilaporkan sah berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Terdahulu, Syamsul sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada 8 Mac 2014 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Sumber: OhBulan!

Scroll to Top