Legenda rock terkemuka negara, Datuk Amy Search mengutamakan penjagaan kesihatannya menjelang konsert solo pertama yang akan diadakan di Axiata Arena pada 26 April ini.
Bakal berlangsung kurang lagi dua minggu dari sekarang, Amy meluahkan rasa syukur dikurniakan kesihatan yang baik untuk menghiburkan peminat yang hadir pada konsert berdurasi selama dua jam lebih itu.
“Di usia sekarang ini saya perlu pastikan diri kekal sihat dan bertenaga. Penyanyi ini umpama pemain bola kerana perlu kekalkan stamina supaya dapat berikan persembahan yang mantap.
“Untuk saya mengadakan persembahan selama dua jam setengah itu adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat berinteraksi dengan peminat selain berpeluang menyanyi bersama. Ia juga membawa satu kenangan terindah,” katanya.
Konsert yang diberi judul ‘Amy Search Magic Konsert Solo Pertama’ itu akan mempersembahkan sekitar 20 hingga 25 lagu yang menceritakan perjalanan karier seninya sepanjang lebih empat dekad penyanyi berusia 66 tahun itu.
“Sudah tentu lagu kegemaran kalian tak perlu saya nak cakap, saya akan nyanyikan. Saya janji akan berikan persembahan yang terbaik.
“Cuma saya nak anda hadir, dan kita akan sambut Aidilfitri bersama dalam suasana yang penuh bermakna,” katanya.
Konsert yang dijangka menjadi antara detik paling epik dalam karier Amy ini turut mendapat sentuhan magis daripada Jennifer Thompson, selaku pengarah konsert berpengalaman yang sudah lama mencipta nama dalam dunia hiburan tempatan.
Menambah lagi keunikan malam itu, tema konsert “Rock It Like Amy” diperkenalkan sebagai satu seruan kepada para peminat supaya tampil all-out dengan gaya fesyen rock n’ roll mereka.
Tiket sudah mula dijual di platform rasmi www.wowtix.com.my.
Harga tiket bermula daripada:
🎟️ RM188 (Cat 6 – Lagu Tiada Lagi)
🎟️ RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita)
🎟️ RM388 (Cat 4 – Kerja Gila)
🎟️ RM538 (Cat 3 – Kalimah Cinta)
🎟️ RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan)
🎟️ RM788 (Cat 1 – Rock Royalty)




