Ibu tiri kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi berkata Thalita menyanyi bukan kerana mahu mengejar nama mahupun populariti tetapi menghiburkan orang ramai.
Menerusi perkongsian di TikTok, Siti Fatimah atau lebih mesra dipanggil Makder berkata bakat Thalita bukan untuk meniru arwah ibunya tetapi anugerah yang diberi Allah.
BACA: “Satu Puchong Boleh Dengar Thalita Jerit” – Shuib Kagum Lihat Watie Urus Anak
“Bakat yang ada pada Thalita bukan untuk meniru ibu. Tapi satu anugerah yang Allah beri. Thalita menyanyi bukan untuk kejar nama tapi untuk hiburkan hati semua orang.
“Seperti mana ibu selalu buat dulu. Rindu itu tak pernah hilang, setiap lagu yang Thalita nyanyi, ada doa yang dia titipkan untuk ibu,” katanya.
Diruangan komen, netizen mengatakan Thalita sememangnya berbakat serta tidak meniru arwah ibunya namun mengakui nyanyian anak Shuib itu kedengaran hampir sama dengan suara Siti Sarah.





