Isteri Caprice iaitu Farra Inalis menjadi perhatian selepas dia lantang membalas komen netizen yang menuduhnya seolah-olah melupakan anak sulung.
Perkara itu tercetus apabila seorang pengguna meninggalkan komen bertanyakan kenapa sudah tiada lagi gambar bersama anak perempuannya seperti sebelum ini.
”Bodoh punya comment”
Namun, komen tersebut nyata mengundang kemarahan Farra.

Dia menegaskan bahawa kasih sayangnya terhadap anak-anak tidak pernah berkurang walau sedikit pun, malah isu anak baginya terlalu sensitif untuk dijadikan bahan spekulasi netizen.

Tidak berhenti di situ, Farra turut memuat naik beberapa Instagram Story yang seakan menyindir komen tersebut.
Oh lupa, kena post story sama-sama.. ok2 nahhh.
Sedih tak dapat bawa anak sulung bercuti

Lebih menyentuh hati, Farra kemudian menjelaskan rasa rindunya terhadap anak sulung yang tidak berada bersamanya ketika dia pergi bercuti.
Dia turut menekankan bahawa kasih sayang seorang ibu tidak perlu dibuktikan di media sosial kerana anak adalah keutamaannya, malah dia sanggup melakukan apa sahaja demi mereka.
Pssttt! Kalau tak tahu lebih baik bertanya daripada membuat spekulasi sendiri. Kan dah kena setepek!
Kredit: Instagram Farra Inalis
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.