Bangkai buaya tembaga di temui di pantai Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Tanjung Bidara: Seekor bangkai Buaya Tembaga ditemui di pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menerima maklumat orang awam mengenai penemuan bangkai seekor Buaya Tembaga jantan itu di pantai Tanjung Bidara pada 12 Disember.

Siasatan awal mendapati Buaya Tembaga sepanjang 229 inci dengan anggaran berat 120kg telah mati melebihi 24 jam.

Dicatatkan, ketika ditemui tiada kecederaan luar ditemui pada bangkai tersebut. Post mortem telah dijalankan oleh Pegawai Veterinar Jabatan PERHILITAN. Punca kematian masih dalam siasatan lapor satu kenyataan di laman facebok Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia itu.

Untuk makluman Buaya Tembaga ini boleh hidup di kawasan air tawar dan air masin (laut). Ia adalah spesies dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (𝐴𝑘𝑡𝑎 716).

Malay News
Farah Fauzi