Banglo biru jadi tarikan

Banglo biru jadi tarikan

am@hmetro.com.my

Kuala Nerus: Banglo biru milik Mohd Yazit Idris di Kampung Tanjung di sini, kini menjadi tumpuan ramai selepas berita mengenai rumah berkenaan, dilaporkan media lebih seminggu lalu.

Menurut Yazit, 66, berkata, sejak berita mengenai rumahnya dipaparkan di akhbar dan media sosial, rumahnya tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai.

Katanya, orang ramai datang untuk melihat sendiri keadaan rumahnya selepas kisah rumahnya bakal ‘ditelan’ ombak akibat hakisan.

“Sebelum kerja menambak bahagian belakang rumahnya dilakukan, orang ramai hanya boleh melihat melalui sisi sahaja.

“Namun selepas selesai kerja menambak dilakukan, orang ramai mula turun ke bahagian belakang rumah untuk melihat sendiri struktur rumah yang terkesan akibat hakisan,” katanya.

Katanya, ramai yang datang untuk melihat dan tidak kurang bergambar kenangan menandakan mereka sudah hadir ke sini.

Pengunjung, Wan Ahmad Faisal Wan Abdul Razak, 30, dari Kelantan berkata, peluang bercuti ke Terengganu diambil untuk singgah ke banglo biru yang tular di media sosial sejak seminggu lalu.

“Kebetulan laluan untuk ke Kuala Terengganu, akan melalui Batu Rakit, dan kami singgah sebentar untuk melihat persekitaran rumah berkenaan.

“Sememangnya diakui jarak rumah dan pantai agak hampir, namun sudah ditambak dengan bongkah batu serta di atasnya sudah ada tanah bukit sebagai laluan,” katanya.

Menurutnya, dia terpanggil untuk ke rumah berkenaan kerana ketika tular seminggu lalu kelihatan rumah berkenaan mempunyai peluang tipis untuk diselamatkan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top