Banjir kilat di Pontian, jumlah mangsa tak berubah

Banjir kilat di Pontian, jumlah mangsa tak berubah

am@hmetro.com.my

Pix : Ihsan APM

Gambar Telegram

Johor Bahru : Jumlah mangsa yang dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Pontian susulan banjir kilat di daerah berkenaan, setakat pagi ini, tidak berubah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya yang dibuka pada jam 6 pagi semalam masih menempatkan 159 mangsa daripada 46 keluarga.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, jumlah itu kekal dari jam 4 petang semalam.

“Penduduk yang dipindahkan ke PPS adalah dari Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya.

“Sehingga pagi tadi, jumlah mangsa banjir kilat di PPS itu tidak menunjukkan sebarang pertambahan atau berkurangan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tiada sebarang amaran ribut petir mahu pun hujan berterusan dikeluarkan bagi seluruh negeri ini.

Setakat jam 8 pagi ini, cuaca di semua daerah seluruh Johor dilaporkan cerah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top