Banjir: Shahrol Shiro syukur isteri, anak selamat keluar dari Hatyai

Banjir: Shahrol Shiro syukur isteri, anak selamat keluar dari Hatyai

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Pelawak popular, Shahrol Shiro meluahkan rasa syukur selepas isteri dan anaknya yang terkandas di Hatyai, Thailand akibat banjir, selamat tiba di sempadan negara hari ini.

“Alhamdulillah isteri dan anak selamat keluar dari sana dan keluar dari sempadan hari ini.

“Mereka terpaksa beberapa kali pusing baru dapat jalan keluar dan selamat sampai ke sempadan,” katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Terdahulu, Shahrol berkongsi kebimbangan di Instagram (IG) apabila isterinya, Nor Farhanah Syamimi dan anak lelaki mereka, Iskandar Rizqi, antara rakyat Malaysia yang terkandas di Hatyai akibat banjir sejak beberapa hari lalu.

“Dapat khabar berita dari isteri saya yang sedang bercuti di Hatyai. Hujan semakin lebat, banyak tempat banjir dan jalan dah ditutup.

“Nak ke lapangan terbang pun dah tak boleh… saya di Sabah, hati seorang suami risau sangat memandangkan isteri bersama anak kami dan keluarga adiknya di sana,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top