Banjir Terengganu pulih sepenuhnya

Banjir Terengganu pulih sepenuhnya

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila semua 571 mangsa daripada 155 keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, hari ini.

Sebelum ini, semua mangsa banjir berkenaan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN), semua mangsa dibenarkan pulang selepas banjir yang melanda beberapa kampung antaranya Tanjung dan Pengkalan Pandan surut petang hari ini.

Banjir gelombang kedua yang melanda negeri ini menyaksikan tiga daerah terjejas iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman dengan jumlah mangsa tertinggi direkodkan seramai 1,391 mangsa membabitkan 369 keluarga dengan

Sebanyak 18 PPS diaktifkan membabitkan tiga daerah terbabit dengan PPS Kampung Lubok Periok dan Masjid Kampung Peneh di Hulu Terengganu menjadi yang terawal dibuka selepas dua kampung berkenaan terjejas banjir pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, JPBN menasihatkan supaya penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah dan berdekatan sungai sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan masih berada dalam musim Monsun Timur Laut (MTL).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top