Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan 2026 Malaysia kepada 4.4 peratus

Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan 2026 Malaysia kepada 4.4 peratus
Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan 2026 Malaysia kepada 4.4 peratus

Dr Apurva (Kiri) bercakap ketika taklimat mengenai Bahagian 1 MEM April 2026 Bank Dunia di Kuala Lumpur pada Khamis.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2026 kepada 4.4 peratus daripada 4.1 peratus berdasarkan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonominya bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.

Beliau berkata, pertumbuhan akan didorong terutamanya oleh penggunaan swasta, disokong oleh keadaan pasaran tenaga kerja yang menggalakkan, kenaikan gaji dan langkah-langkah sokongan pendapatan oleh kerajaan.

“Kami menjangka permintaan domestik akan kukuh tahun ini berikutan dinamik pasaran tenaga kerja yang menggalakkan, dengan gaji median sebenar meningkat sebanyak enam peratus tahun lepas serta sokongan kerajaan yang berterusan apabila diperlukan.

“Oleh itu, penggunaan swasta adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan,” katanya kepada pemberita pada Khamis. 

Beliau berkata demikian pada taklimat mengenai Bahagian 1 Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) April 2026 Bank Dunia, bertajuk ‘Menaikkan Siling, Menaikkan Lantai, Memacu Agenda Pekerjaan dan Produktiviti Malaysia’ di sini. – Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

Scroll to Top