Bank Rakyat serah perlindungan takaful kepada waris mangsa tragedi FRU

Bank Rakyat serah perlindungan takaful kepada waris mangsa tragedi FRU
Penyerahan manfaat takaful tersebut disempurnakan oleh Mokhrazinim dan Syed Nasser Hussain dalam satu majlis penyerahan yang diadakan bersama ahli keluarga mangsa di Ipoh, Perak dan Bertam, Pulau Pinang sebagai tanda keprihatinan serta sokongan Bank Rakyat kepada keluarga yang terkesan.

Penyerahan manfaat takaful tersebut disempurnakan oleh Mokhrazinim dan Syed Nasser Hussain dalam satu majlis penyerahan yang diadakan bersama ahli keluarga mangsa di Ipoh, Perak dan Bertam, Pulau Pinang sebagai tanda keprihatinan serta sokongan Bank Rakyat kepada keluarga yang terkesan.

BANK Rakyat menyerahkan hibah perlindungan takaful termasuk khairat kematian dan badal haji kepada waris empat anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam tragedi kemalangan maut di Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, Allahyarham Damarrulan Abdul Latif dan Allahyarham Akmal Wafi Annuar merupakan pelanggan produk Bank Rakyat.

Kedua-dua mangsa turut mencarum dalam Takaful Amani Plus dan Takaful Hayati yang menyediakan perlindungan selain pampasan kewangan bagi kematian atau hilang upaya semula jadi serta kerugian akibat kemalangan diri.

Selain itu, Allahyarham Pozli Jaudin dan Allahyarham Roslan Abd Rahim yang merupakan kakitangan Bank Rakyat turut menerima manfaat khairat kematian anggota berjumlah RM3,000 setiap seorang.

“Kami amat bersimpati atas kehilangan yang dialami oleh keluarga mangsa dan berharap agar penyerahan manfaat ini dapat membantu ahli keluarga untuk meneruskan kehidupan seharian mereka dengan selesa.

“Sebagai institusi kewangan Islam yang prihatin terhadap keperluan masyarakat, Bank Rakyat menawarkan pelbagai pelan takaful mampu milik komprehensif dan mudah dilanggan, termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti anggota badan beruniform.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Takaful Amani Plus dan Takaful Hayati di cawangan Bank Rakyat berhampiran atau melalui laman sesawang rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my,” katanya pada Rabu.

Penyerahan manfaat takaful tersebut disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan Deposit Runcit dan Pengurusan Kewangan Bank Rakyat, Dr Mokhrazinim Mokhtar dan Pengarah Wilayah Utara Bank Rakyat, Syed Nasser Hussain Syed Othman Ali.

Majlis itu diadakan bersama ahli keluarga mangsa di Ipoh, Perak dan Bertam, Pulau Pinang sebagai tanda keprihatinan serta sokongan Bank Rakyat kepada keluarga yang terkesan.

Scroll to Top