Bantah keanggotaan Palestin: AS tarik diri daripada UNESCO untuk kali ketiga

Bantah keanggotaan Palestin: AS tarik diri daripada UNESCO untuk kali ketiga
AS umum penarikan diri daripada UNESCO untuk kali ketiga berkuat kuasa 31 Disember 2026.

AS umum penarikan diri daripada UNESCO untuk kali ketiga berkuat kuasa 31 Disember 2026.

ISTANBUL – Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penarikan diri daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk kali ketiga, berkuat kuasa 31 Disember 2026, dengan alasan agensi itu menerima Palestin sebagai anggota serta konflik dengan dasar luar “America First” oleh pentadbiran Donald Trump.

“Hari ini, AS memaklumkan kepada Ketua Pengarah Audrey Azoulay mengenai keputusan Amerika Syarikat untuk menarik diri daripada UNESCO,” kata jurucakap Jabatan Negara, Tammy Bruce dalam satu kenyataan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Bruce berkata, penglibatan berterusan dalam agensi yang berpangkalan di Paris itu “bukan demi kepentingan nasional” Washington.

Sebelum ini, Washington juga menarik diri daripada organisasi itu pada 1984 semasa pentadbiran presiden Ronald Reagan, atas alasan agensi itu terlalu dipolitikkan serta sebab lain.

Amerika Syarikat kembali menyertai UNESCO pada 2023 di bawah pentadbiran presiden ketika itu, Joe Biden, sebagai negara anggota ke-194.

Bruce menegaskan penyertaan AS dalam organisasi antarabangsa selepas ini akan mengutamakan “memperjuangkan kepentingan Amerika dengan jelas dan tegas.” – Bernama

 

 

Scroll to Top