am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang wanita warga China bagi tujuan perbicaraan di mahkamah.
JIM Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, individu berkenaan bernama Li Zhangjing berusia 36 tahun dikesan berhubung kes pendakwaan mengikut Akta Imiqresen 1959/63.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Nor Mohamad Shah Che Kamarudin, Bahagian Siasatan, JIM Kuala Lumpur di talian 03-62057439 pada waktu pejabat,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




