Untuk mengukuhkan lagi hubungan bersama media, PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) telah mengadakan majlis ‘Connecting the Dots: A PUNB Media Engagement Luncheon’ baru-baru ini.
Majlis yang dihadiri lebih 50 barisan kepimpinan editorial dan wakil pemasaran serta jualan daripada agensi media terkemuka seluruh negara ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, dalam masa sama mempromosikan pembangunan usahawan secara meluas.
Menariknya, majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi PUNB, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Pegawai Eksekutif, Izwan Zainuddin, serta barisan pengurusan kanan PUNB.
Semasa majlis makan tengah hari yang bertemakan ‘Connecting The Dots’ berlangsung, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan hasrat PUNB dalam menjalin hubungan kukuh bersama rakan media.
Bukan itu saja, menerusi kerjasama ini, ia diyakini mampu membawa impak positif, serta beri manfaat kepada Rakan Usahawan PUNB dalam membantu mereka untuk terus berkembang, berdaya tahan serta berdaya saing.
Seusai majlis makan tengah hari ini, PUNB berharap agar pertemuan antara barisan kepimpinan organisasi media tidak terhenti kepada satu pertemuan saja, sebaliknya mempunyai kesinambungan perbincangan susulan serta kerjasama bagi tahun seterusnya.
Sekadar info, PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) diwujudkan bagi meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan, serta melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang dinamik, berdaya tahan progresif dan berjaya.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi PUNB atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.