Bantuan bagi masyarakat orang asli terkesan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Ipoh: Masyarakat Orang Asli yang terkesan dengan wabak Covid-19 disumbangkan dengan bantuan kotak makanan di empat buah kampung di Lenggong, Hulu Perak semalam oleh Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc).

Anuar Zainal Abidin Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, berkata antara kampung yang terlibat adalah penduduk di kampung Sungai Karah, Takong, Air Bah 1 dan Air Bah 2. Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak dan Kedah berkerjasama dengan kakitangan MB Inc menghulurkan kotak tersebut.

Sumbangan berkenaan sedikit sebanyak membantu masyarakat Orang Asli untuk menjalani kehidupan seharian mereka, katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya lagi, sebelum pihak MB Inc telah menyumbangkan kotak makanan kepada golongan sasar di seluruh Perak termasuk beberapa buah kampung orang asli.

Beliau juga berkata, inisiatif berkenaan adalah untuk membantu golongan sasar yang memerlukan pembelaan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik bagi meringankan beban mereka dan bagi menyahut seruan YAB Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Tambahnya lagi MB Inc sebagai sebuah entiti korporat GLC di bawah kerajaan negeri Perak sedaya upaya membantu golongan yang terkesan dengan Covid-19 melalui program CSR.

Beliau menyatakan bahawa MB Inc akan meneruskan sumbangan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk meringankan beban mereka.

Malay News
Farah Fauzi