am@hmetro.com.my
Kuantan: Bantuan Kotak Rezeki Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Bersama Coway – Misi Bantuan Banjir pengubat duka buat mangsa yang berhadapan musibah banjir.
Bagi Amir Saidon, 62, banjir bulan lalu menyebabkan rumahnya di Taman Seri Inderapura, di sini ditenggelami air selama dua hari.
“Saya mengucapkan terima kasih pada Harian Metro dan Coway Malaysia yang begitu prihatin dengan nasib mangsa banjir daerah ini, bantuan kali pertama selepas bencana banjir akhir tahun lalu begitu bermakna buat kami.
“Saya harap lebih banyak syarikat swasta mengikut jejak Harian Metro dan Coway yang tampil memberi sumbangan kepada mangsa banjir,” katanya.
Bagi Nasrul Mat Yusof, 56, banjir bulan lalu merupakan kali ke tiga dihadapi sejak 12 tahun menetap di Taman Pelangkah, Pekan.
Banjir kali ini berlaku selama dua hari hingga memaksa dia sekeluarga berpindah ke PPS Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Shah) Pekan.
“Saya berada di PPS selama tiga hari selepas banjir mula berlaku pada 17 Disember tahun lalu, semua penduduk Taman Pelangkah diarahkan supaya berpindah segera bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
“Saya mengucapkan terima kasih pada Harian Metro dan Coway Malaysia yang mengambil berat nasib mangsa banjir di daerah ini. Ini adalah bantuan kali pertama selepas bencana banjir akhir tahun lalu dan sangat kami hargai,” katanya.
Sementara itu, ketua Kampung Gudang Rasau, Tarmizi Mohd Yusoff berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih pada Harian Metro dan Coway yang memilih kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura sebagai lokasi kedua sumbangan berkenaan.
“Saya berharap lebih banyak lagi pihak swasta tampil menghulur bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini,” katanya selepas turut sama menguruskan bantuan di daerah ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




