Bantuan Beras Dari Diaspora Malaysia Ditolak, Indonesia Dakwa Sudah Cukup Stok Beras Sendiri

Bantuan Beras Dari Diaspora Malaysia Ditolak, Indonesia Dakwa Sudah Cukup Stok Beras Sendiri

Trending

Indonesia tolak bantuan beras dari diaspora Malaysia kerana sudah cukup stok beras dalam negara.


Niat baik diaspora (warga Aceh di Malaysia) untuk membantu mangsa banjir dan tanah runtuh di Aceh memang patut dipuji.

Namun siapa sangka, bantuan beras yang ingin dihantar terpaksa ditolak oleh kerajaan Indonesia sendiri.

Indonesia tolak bantuan beras, fokus barangan lain

Diaspora Aceh

Memetik laporan portal kompas.com, Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian berkata, diaspora Aceh di Malaysia mahu menghantar beras bersama barangan bantuan lain.

Tetapi, kerajaan memutuskan untuk menolak bantuan beras kerana Indonesia kini berada dalam keadaan beras yang mencukupi.

Tadinya mereka mau kirim beras juga tapi kita tolak. Sebaiknya jangan beras, karena kita sudah swasembada beras. Ini ada minyak goreng, gula pasir.

Selain beras, diaspora turut menyediakan pelbagai bantuan lain seperti minyak goreng bernilai Rp 1 miliar, gula pasir Rp 50 juta, air mineral Rp 672 juta, makanan siap saji Rp 1 miliar, pakaian baru Rp 126 miliar, Al Quran Rp 1 miliar serta kloset toilet Rp 4,8 miliar.

Bagaimanapun, semua barangan tersebut kini masih tertahan di Port Klang, Malaysia dan belum dihantar ke Aceh.

Bantuan perlu kelulusan kementerian

Banjir Aceh

Tito menjelaskan bahawa pihaknya telah menghantar surat kepada Ditjen Bea Cukai Kementerian Kewangan bagi membolehkan bantuan dihantar ke pelabuhan Lhokseumawe dari Port Klang.

Ini yang mereka mohon bisa dikirimkan ke pelabuhan di Lhokseumawe dari Port Klang. Barangnya sekarang sudah ada di Port Klang. Namun kami sudah mengirim surat kepada Ditjen Bea Cukai Kemenkeu, intinya adalah untuk minyak goreng dan gula pasir kita perlu ada surat dari kementerian teknis, yaitu Mentan, karena minyak goreng dan gula pasir apakah boleh dimasukkan.

Isu pakaian baru bernilai Rp 126 miliar turut menjadi perhatian kerana dikhuatiri boleh menjejaskan pengeluaran dalam negara.

Namun Tito memohon agar bantuan itu tetap dipertimbangkan demi menjaga hubungan baik.

Dalam masa sama, Tito memberi jaminan bahawa bantuan yang dibenarkan masuk akan terus disalurkan kepada pengungsi dan tidak akan dijual.

Pssttt! Niat membantu memang sesuatu yang mulia, lebih-lebih lagi apabila melibatkan saudara sendiri di perantauan. Apa-apa pun, yang penting mangsa bencana terus mendapat bantuan sewajarnya.

Kredit: kompas.com
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top