Bantuan Shahrol Shiro buahkan hasil, hutang Mamak Puteh dengan stesen TV selesai

Bantuan Shahrol Shiro buahkan hasil, hutang Mamak Puteh dengan stesen TV selesai

Nampaknya, bantuan yang dihulurkan oleh Shahrol Shiro buahkan hasil apabila salah seorang selebriti sudah menerima bayaran daripada sebuah stesen televisyen.

Shahrol Shiro

Perbincangan Shahrol Shiro dengan stesen TV buahkan hasil

Menerusi perkongsian di Thread Shahrol, dia telah berkongsi tangkapan layar perbualan dengan Mamak Puteh apabila pelawak itu meluahkan rasa syukur susulan tunggakan hutang stesen TV tersebut sudah diterima dalam bentuk cek.

“Selepas perbincangan tempoh hari selesai sudah isu Mamak Puteh bersama CTG Pictures & Awesome TV,” tulisnya.

Mamak Puteh ucap terima kasih dengan Shahrol Shiro

Mamak Puteh juga dilihat mengucapkan terima kasih kepada Shahrol diatas bantuan diberi sehingga dia memperoleh hak yang sudah lama dituntut.

“Alhamdulillah. Terima kasih sahabat. Awak banyak bantu saya dalam kes ini. Terima kasih banyak-banyak,” 

Shahrol juga dilihat sempat berseloroh dengan rakannya itu dengan meminta Mamak menggunakan duit yang diperoleh untuk kegunaan keluarga, bukan berseronok dengan rakan-rakan.

Shahrol Shiro

Artikel lain: Shahrol Shiro bantu rakan-rakan, bawa jumpa pihak TV runding tungakkan hutang

Dikesempatan itu, ahli kumpulan Shiro terbabit turut bertanya kepada mana-mana pihak yang masih tidak dapat bayaran lagi supaya dia dapat memberikan bantuan.

Sebelum ini, Shahrol telah membawa beberapa pelawak yang mempunyai masalah tunggakan bayaran bertemu untuk berbincang dengan stesen televisyen terbabit.

Sumber: Thread shahrol_shiro

Scroll to Top