Bantuan wang ihsan mangsa banjir akan disegerakan – PM

Bantuan wang ihsan mangsa banjir akan disegerakan – PM

nfazlina@nstp.com.my

PASIR MAS: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan membayar bantuan wang ihsan kepada 7,651 keluarga mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu secepat mungkin.

Perdana Menteri berkata, setiap keluarga akan memperoleh bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000.

“Untuk Kelantan, jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) adalah seramai 9,056 orang membabitkan 2,995 keluarga, manakala di Terengganu mencatatkan 17,641 mangsa membabitkan 4,656 keluarga.

“Untuk bantuan wang ihsan, kita akan segerakan pembayaran secepat mungkin. Kalau boleh, sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing, setiap keluarga sudah mendapat bantuan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas, di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top