Oh! Artis
Zizi Kirana akui ambil masa setahun setengah sebelum bersetuju dengan penceraian bersama Yusuf Bahrin.
Tidak mudah untuk seseorang melepaskan insan yang pernah disayangi, apatah lagi apabila keputusan itu melibatkan rumah tangga yang dibina dengan harapan besar.
Penyanyi Zizi Kirana baru-baru ini menjawab mengenai kisah penceraian dengan bekas suaminya, Yusuf Bahrin ketika muncul dalam podcast Confession Bilik Gelap.
Zizi ambil masa lebih setahun fikir tentang penceraian
Dalam luahannya, Zizi mendedahkan keputusan untuk bercerai bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya mengambil masa lebih setahun untuk benar-benar memikirkan perkara tersebut.
Menurut Zizi, dia mencari pelbagai rujukan dan bertemu dengan individu berilmu serta berpengalaman dalam hal agama sebelum akhirnya menerima bahawa perpisahan itu adalah jalan terbaik.
Macam saya cakap tadi lah sebenarnya setahun lebih juga untuk memikirkan benda tu (penceraian). Bermacam-macam rujukan saya cari. Saya jumpa orang-orang yang berilmu dan berpengalaman dalam hal agama.
Zizi turut mengakui sepanjang tempoh itu, dia sebenarnya sudah melalui fasa yang sangat berat termasuk menangis dan berada dalam keadaan terlalu down sehingga tidak mampu bekerja.
Walaupun dilihat tenang ketika hadir ke mahkamah, Zizi menjelaskan ketenangan itu hadir selepas dia melalui proses emosi yang panjang selama setahun setengah.
Misi kemanusiaan buka mata Zizi tentang ujian hidup

Dalam perkongsian sama, Zizi berkata penglibatannya dalam misi kemanusiaan turut membuatkan dia banyak berfikir tentang kehidupan orang lain.
So saya rasa kesusahan untuk saya membuat keputusan yang daripada setahun setengah yang lepas tu, sebenarnya banyak dah Allah bagi jawapan. Cuma saya sendiri yang masa tu belum buka hati saya untuk menerima keadaan itu. Jadi banyak dah Allah tunjuk macam-macam cuma saya masih menidakkan benda tu, saya rasa boleh lagi ni.
Katanya, ketika melihat penderitaan individu lain yang melalui ujian lebih berat, dia mula sedar bahawa setiap takdir Allah mempunyai hikmah tersendiri.
Sampai orang cakap saya pergi mahkamah tenang betul, tak ada menangis apa semua. Sebab saya setahun setengah melalui proses itu, saya juga manusia. Saya melalui proses menangis, saya betul-betul down sampai tak boleh nak bekerja. Itu adalah proses dalam kehidupan yang saya kena lalui
Zizi juga menyifatkan penceraian itu sebagai sebahagian daripada ujian kecil dalam hidupnya untuk belajar melepaskan orang yang disayangi.
Pada masa sama, pengalaman tersebut mengajarnya bahawa segala yang ada di dunia ini bukanlah milik manusia sepenuhnya.
Pssttt! Bukan mudah untuk menerima sebuah perpisahan, lebih-lebih lagi selepas berusaha mempertahankan hubungan dalam tempoh yang lama. Apa yang dikongsikan Zizi Kirana ini menunjukkan bahawa setiap orang ada proses tersendiri untuk sembuh dan berdamai dengan takdir.
Kredit: Youtube Confession Bilik Gelap
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




