Bapa disyaki rogol anak kandung ditahan

Bapa disyaki rogol anak kandung ditahan

am@hmetro.com.my

Kuala Selangor: Polis semalam menahan lelaki berusia 51 tahun kerana disyaki merogol anak perempuan berusia 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, suspek ditahan di kawasan Bestari Jaya pada 10.15 malam dan kini direman tujuh hari bermula hari ini hingga 5 Ogos.

Katanya, penahanan itu susulan laporan diterima daripada Hospital Tanjong Karang pada 5.07 petang semalam, mengenai mangsa yang disyaki dirogol.

“Siasatan awal mendapati remaja malang itu hadir ke hospital pada 6 petang kelmarin untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu sakit gastrik.

“Hasil temubual awal doktor mendapati mangsa mendakwa dirogol bapa kandungnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top