Bapa kecewa, dakwa anak dimarahi cikgu sebab bersolek untuk Hari Merdeka

Bapa kecewa, dakwa anak dimarahi cikgu sebab bersolek untuk Hari Merdeka

Setiap tahun sekolah-sekolah di Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan murid.

Salah satu aktiviti yang akan diadakan adalah memakai pakaian tradisional ke sekolah dengan bertemakan Hari Kebangsaan.

Namun, tular di media sosial luahan sedih dari seorang bapa yang terkilan dengan sikap seorang guru di sekolah yang didakwa memarahi anaknya kerana mengenakan solekan semasa hari acara berlangsung.

Guru perempuan tersebut juga mengelap kesan solekan murid tersebut dengan menggunakan kain.

Secara tidak langsung, tindakan tersebut telah merosakkan kegembiraan murid berusia 8 tahun yang bernama Ammara.

@shazliey1

pengamalan dan dugaan yang hebat buat anak papa… Nur Ammara Keysha.. #ammarakeysha #fyppp #fypシ

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Apa yang lebih dikesalkan, guru perempuan tersebut memarahi Ammara di hadapan murid-murid lelaki dan dikatakan tidak faham bahasa.

Menurut bapa tersebut yang dikenali sebagai Shazliey, cikgu-cikgu tidak memberi apa-apa kenyataan pun di grup Whatsapps kelas tentang larangan untuk pelajar bersolek.

Tidak diam di situ, di video tersebut, Shazliey bertindak untuk bersemuka dengan cikgu berkenaan dan kemudiannya cikgu tersebut menyalahkan guru lain yang kononnya tidak menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelajar lain.

Situasi ini menyebabkan Ammara trauma dan menangis tersak-esak keran dimarahi guru.

Menerusi ruangan komen di TikTok tersebut, rata-rata netizen menyarankan Shazliey untuk membuat laporan ke pihak kementerian.

 

Sumber: TikTok @Shazliey1

Scroll to Top