Bagaikan menagih hutang di atas kerja keras yang telah dilakukan, pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak berharap agar baki bayaran tunggakan sebanyak RM18,000 itu dilunaskan segera.
Ia susulan keadaan bapanya, Azmi Deris yang semakin uzur dan memerlukan penjagaan teliti.
“Kalau dulu, bapa masih boleh bangun tetapi sekarang dia akan mudah terjatuh dan memerlukan pengawasan dari saya di rumah.
“Bapa juga pernah terhantuk di dinding dan terjatuh dari kerusi,” katanya.
Tambah Amir, dia enggan mengulas lanjut berhubung tindakan undang-undang yang diberikan oleh pihak stesen televisyen berkenaan memandangkan akan ada perbincangan lanjut dengan orang tengah dan pihak yang terbabit dalam tempoh terdekat.
“Saya perlu lebih berhati-hati untuk keluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut,” jelasnya.
Dalam pada itu, Amir mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih terhadap sumbangan yang diberikan oleh rakan artis.
“Ramai rakan artis yang bantu, tapi mereka tidak mahu didedahkan nama.
“Dan saya juga tidak mengetahui berapa jumlah wang yang mereka berikan kerana sumbangan dikreditkan terus ke akaun bapa,” kongsinya.
Terdahulu, Amir memaklumkan, keadaan bapanya kini sedikit membimbangkan kerana air kencingnya juga berdarah disebabkan luka.
Justeru, dia memerlukan wang tersebut bagi membiayai kos rawatan bapanya yang kini menghidap sakit kanser usus.
ARTIKEL BERKAITAN:Amir Raja Lawak Dedah Keadaan Bapa Membimbangkan – “Saya Yakin Allah Tak Uji Lebih Dari Kemampuan”
ARTIKEL BERKAITAN:“Cukup-Cukuplah Malukan Title ‘Ustaz’” – Amir Raja Lawak Dedah Bukti Perbualan, Terkilan Ustaz Tido Tunggang Masalah Peribadi
ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Gesa Stesen TV Segera Bayar RM18,000!
Sumber: Harian Metro




