Bapa mengaku rogol anak kandung

Bapa mengaku rogol anak kandung

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas enam pertuduhan merogol anak kandungnya, antara Januari 2023 hingga pertengahan Oktober 2023.

Tertuduh yang berusia 45 tahun membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak perempuannya berusia 15 tahun ketika kejadian dengan tanpa kerelaannya, yang mana perhubungan itu adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Kuala Krai antara jam 1 hingga 9 pagi, antara Januari 2023 hingga pertengahan Oktober 2023.

Keenam-enam pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan juga minimum 10 kali sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Edabayu tidak mencadangkan jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan itu serius membabitkan hubungan antara bapa dengan anak kandung.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Ogos depan sebagai sebutan semula kes untuk tarikh serahan dokumen, fakta kes dan jatuh hukum.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top