bhnews@bh.com.my
PUTRAJAYA: Bapa kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Ab Rahman, meninggal dunia, hari ini.
Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam, dalam kenyataan berkata, Ab Rahman Salleh, 91, meninggal dunia di rumah anak perempuannya di Bandar Bukit Puchong jam 6 petang tadi.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia disebabkan sakit tua dan akan dikebumikan di Pulau Meranti 10 malam ini.
Beliau meninggalkan seorang balu, enam anak, 23 cucu serta 20 cicit.
Mohd Khairul Adib ialah anak keempat Allahyarham.
© New Straits Times Press (M) Bhd



