Bapa Norman Hakim meninggal dunia

Bapa Norman Hakim meninggal dunia

KUALA LUMPUR –  Bapa kepada pelakon Norman Hakim iaitu Zaidon Abdul Rahim, 90, meninggal dunia malam tadi di kediamannya di Kuantan, Pahang.

Berita sedih ini dikongsi pelakon terbabit menerusi Instagramnya hari ini.

“Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa Ayahanda kami Haji Zaidon bin Haji Abdul Rahim telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 6 Oktober 2023 bersamaan 20 Rabiulawal 1445H jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan.

“Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Ayah, merahmatinya, memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan Ayah dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya.

Norman bagaimanapun tidak berkongsi punca kematian dan lokasi pengebumian jenazah ayahnya.

Hantaran ini mendapat reaksi ramai rakan-rakan selebriti yang bersimpati serta mengucapkan takziah dan mendoakan agar Allahyarham ayahnya dirahmati Allah. – MalaysiaGazette