Bapa sanggup jalan kaki lebih tiga jam demi cari makanan untuk isteri & anak2

Bapa sanggup jalan kaki lebih tiga jam demi cari makanan untuk isteri & anak2

Seorang bapa sanggup jalan kaki lebih tiga jam dari rumahnya di Beranang ke Taman Jasmin di Kajang demi mendapatkan bantuan makanan untuk isteri dan anak-anak.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Facebook Nasi Kukus Kak Chiq selepas peniaga makanan berkenaan menerima mesej pada aplikasi WhatsApp daripada lelaki itu.

Tanya ada makanan lebih tak?

Menurut peniaga berkenaan, lelaki berkenaan mengirimkan mesej dan bertanya sama ada mereka mempunyai lebihan lauk untuk disedekahkan kepada tiga anaknya.

Bagaimanapun, pada hari tersebut mereka telah menutup perniagaan sebelum memintanya datang kembali pada hari berikutnya.

“Kisah pagi ini. Datang dari Beranang ke Kajang hanya dengan jalan kaki. Semalam abang ni ada WhatsApp bertanya jika ada lebihan lauk boleh ke sedekah untuk anak-anaknya (tiga orang). Tapi semalam pukul 4 petang kami dah tutup.
“Kami cakap kalau nak, datang hari ni. Maka dia datang pagi ni dari Beranang ke Tasmin Jasmin Kajang. Bertolak awal dari pukul 7 pagi. Duk fikir awalnya dia nak datang,”kongsinya.

Bapa sanggup jalan kaki lebih tiga jam

Apa yang membuatkan hatinya tersebut apabila lelaki berkenaan sanggup datang jalan lebih tiga jam untuk sampai ke kedai makannya demi mendapatkan makanan buat anak-anak.

“Rupanya sebab dia datang jalan kaki ye. Sampai kat kami, baju dia habis dah lenjun berpeluh,”katanya dalam sebuah hantaran.

Dalam pada itu, lelaki tersebut memaklumkan telah kehilangan punca pendapatan disebabkan motosikalnya rosak.

Bersimpati dengan nasib menimpati lelaki tersebut, peniaga berkenaan menempah perkhidmatan e-hailing buatnya untuk balik ke rumah.

“Minggu depan baru siap. Tapi dalam menunggu, dia tiada duit untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama isteri dan anak-anak.
“Jadi kami ada bagi sedikit barang keperluan sementara motosikal siap dan masuk kerja baharu. Nak balik kami tempahkan Grab, tak gamak nak suruh dia balik jalan kaki lagi sekali. Semoga dipermudahkan urusan abang ni,” katanya lagi.

Artikel lain: Minyak naik, diesel naik, subsidi dah kena potong. Mari kita berbasikal – Che Ta

Jauhnya menapak, moga dipermudahkan urusan

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana ramai bersimpati dan mendoakan lelaki tersebut dipermudah urusannya dalam mencari rezeki sebagai ketua keluarga.

Sumber: FB Nasi Kukus Kak Chiq