Bapa Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia – “Terima Kasih Ajar Saya Jadi Hebat…”

Bapa Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia – “Terima Kasih Ajar Saya Jadi Hebat…”

Pelakon, Sharnaaz Ahmad memaklumkan bapanya, Datuk Bazir Ahmad menghembuskan nafaz terakhir pada jam 1:40 pagi, Rabu.

Berita duka tersebut dikongsikan oleh aktor filem The Original Gangster di Instagram yang melihat perjuangan bapanya bertarung nyawa.

“Hero saya baru sahaja meninggal dunia dengan tenang pada 1:40 pagi. Bapa saya tidak pernah berhenti berjuang, hanya jantungnya berhenti berdegup.

“I love you, papa. Terima kasih menjadi ayah yang terbaik kepada kami semua. Saya separuh kuat seperti awak dan separuh ayah yang baik seperti awak. Ajar saya untuk menjadi seorang yang hebat seperti awak di syurga,” katanya.

Dalam perkongsian lain, Sharnaaz berkata jenazah bapanya akan dibawa pulang ke Pulau Pinang dan dijangka kebumi selepas waktu asar.

“Jenazah sedang dalam perjalanan untuk dibawa pulang ke Pulau Pinang. Sesiapa kenalan kepada ayah saya yang ada di sana (Penang) boleh sampaikan maklumat ini.

“Solat jenazah akan diadakan di Masjid Syed Eyusof, Georgetown selepas waktu solat asar dan akan dikebumikan di Kebun Lama,” ujarnya.

Bagaimanapun, Sharnaaz tidak berkongsi lebih lanjut mengenai punca kematian bapanya itu.

Sebelum ini, Sharnaaz memaklumkan Allahyarham baru sahaja selesai menjalani pembedahan selama sembilan jam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Scroll to Top