Bapa tak dapat tahan air mata, sebak hantar anak pertama pergi sekolah

Bapa tak dapat tahan air mata, sebak hantar anak  pertama pergi sekolah

Setiap bapa pasti akan merasa sebak tiap kali melihat anak sulung melangkah masuk ke sekolah buat kali pertama. Mana tidaknya, sedar tak sedar sang anak sudah pun semakin membesar dan memulakan kehidupan baru.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @tasharossee apabila memuat naik video suaminya yang menangis ketika menghantar anak ke sekolah tadika.

Dapat dilihat lelaki itu begitu sebak sehingga tidak dapat mengawal tangis melihat anaknya melangkah masuk ke dalam kelas.

@tasharossee

Dun sad daddy. InshaAllah lepasni kite akan jaga betul2 family kite okie 🤍 #fyp#firstdayofschool#berandatiktok#daddysboy#fypシ#viralvideo

♬ Ajarkan Aku.. Arvian Dwi – 🅰️RVIAN

Namun, disebalik video tersebut, rupanya ada kisah sedih yang pernah terjadi sebelum ini. Menerusi video-video terdahulu di TikTok @tasharossee, mereka sebenarnya pernah berpisah 5 tahun lalu dan mengambil keputusan untuk rujuk semula.

Tangisan yang terjadi saat menghantar anak itu berlaku kerana suaminya berasa begitu menyesal dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini dan @tasharossee menulis diruangan kapsyen dengan berharap supaya keluarga mereka dalam keadaan baik-baik sahaja selepas ini setelah pelbagai onak duri yang ditempuh sejak awal perkenalan dahulu.

@tasharossee

Doakan hubungan kami kekal selamanya ya 🥺#rujukkembali#berandatiktok#2021makeawish#fyp#fypdongggggggg#surprise#willyoumarryme

♬ original sound – 🅛🅞🅝🅖_🅔🅜🅟🅘🅡🅔®🦉 – 🅛🅞🅝🅖_🅔🅜🅟🅘🅡🅔®🦉

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memahami perasaan lelaki tersebut yang sebelum ini pernah melakukan kesilapan dalam perkahwinan.

Walau bagaimanapun, mereka semua mendoakan agar rumah tangga yang dibina sekali lagi dijaga sebaiknya dan anak tersayang dapat merasai semula kasih sayang ibu bapa dalam satu keluarga yang lengkap.

Sumber: TikTok @tasharossee

 

Scroll to Top