Minggu lalu, pendakwah bebas Ebit Lew berkongsi perkembangan yang mana beliau telah melawat bapanya, yang sedang tenat di hospital, lengkap berpakaian PPE.
Hari ini, netizen dikejutkan dengan berita pemergian bapa pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew tersebut.
Perkhabaran duka itu dikongsi sendiri oleh pendakwah berusia 37 tahun itu menerusi laman sosial Facebook miliknya, petang ini.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak,” coretnya sayu.
Difahamkan lagi, jenazah arwah bapanya Ibrahim Lew kini berada di Gleneagles Hospital dan bakal dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang seterusnya akan dibawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk disemadikan.
Di samping itu, pemilik perusahaan Elewsmart itu turut meminta doa daripada orang ramai dan memohon agar menghadiahkan al-Fatihah buat arwah bapa tercinta.
Salam takziah Ustaz Ebit Lew. Al-Fatihah.
Sumber: Facebook Ebit Lew




