Barat badan lebih 900 gram, peninju wanita Mesir disingkirkan dari Paris 2024

Barat badan lebih 900 gram, peninju wanita Mesir disingkirkan dari Paris 2024

Paris: Peninju wanita pertama Mesir yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 terpaksa meninggalkan temasya itu sebelum bertanding selepas dia gagal memenuhi syarat berat pertandingan iaitu 54kg.

Youmna Ayyad sepatutnya bertemu dengan petinju Uzbekistan, Nigina Uktamova namun beratnya melebihi satu kilogram dari had yang ditetapkan menyebabkan dia terpaksa disingkirkan.

Jawatankuasa Olimpik Mesir berkata mereka akan menjalankan siasatan segera mengenai penggantungan itu.

“Youmna sepatutnya dalam kategori 54 kg dan dia memaklumkan berat badannya kepada pegawai persekutuan pada tengah malam sebelum pertarungan dan ia adalah OK.

“Pada waktu pagi, ketika dia menjalani timbang rasmi, beratnya melebihi had sebanyak 900 gram dan dia disingkirkan,” kata bendahari EOC dan Ketua Persekutuan Tinju Mesir, Mohamed Abdel Aziz Ghoneim.

Youmna, 21, bagaimanapun enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu buat masa ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top