Barcelona Tandatangani Perjanjian Jersi Baharu dengan Nike

Barcelona Tandatangani Perjanjian Jersi Baharu dengan Nike

Barcelona: Barcelona mengumumkan perjanjian jersi baharu dengan jenama sukan Amerika Syarikat, Nik yang menurut laporan media Sepanyol mungkin bernilai sebanyak 1.7 bilion euro (RM 8.55 bilion) untuk tempoh sehingga 2038.

Nike menjadi antara pengeluar jersi dan pakaian kelab Catalan itu sejak 1998 dan perjanjian terdahulu dijadualkan tamat pada 2028.

“Barcelona dan Nike, dua jenama terkemuka dalam industri sukan, dengan sukacitanya mengumumkan permulaan baharu dengan perjanjian perkongsian beberapa tahun, yang berkuat kuasa mulai musim ini,” kata kelab Catalan itu dalam satu kenyataan.

Namun, Barcelona tidak mendedahkan tempoh perjanjian baharu itu atau butiran kewangannya.

Kelab Sepanyol itu sebelum ini cuba untuk menamatkan perjanjian sedia ada dengan Nike lebih awal tahun ini ,namun permohonan mereka ditolak oleh sebuah mahkamah komersial Sepanyol pada bulan Julai lalu.

Barcelona menghadapi kesukaran kewangan selama beberapa musim dan pada tahun 2022, mereka menjual 25 peratus daripada hak penyiaran televisyen mereka untuk 25 tahun akan datang kepada kumpulan ekuiti swasta AS, Sixth Street.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top