Baru 5 hari kahwin, Caprice sedih lihat isteri menangis dapat tahu anak dikecam

Baru 5 hari kahwin, Caprice sedih lihat isteri menangis dapat tahu anak dikecam

Baru 5 hari bergelar suami dan bapa, penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilihat kerap berkongsi kebersamaan bersama anak tirinya dikenali sebagai Aleesya Sofea.

Menerusi perkongsian dia dan isteri, Farra Inalis di media sosial, Caprice dilihat begitu akrab dengan kanak-kanak berusia 5 tahun itu.

Walau bagaimanapun, masih ada mulut-mulut puaka yang ‘mengusik’ keakraban mereka sehingga ada yang menyentuh perihal adab seorang anak dan mengaitkan dengan didikan yang diberikan orang tua.

Sudah tentu ia membuatkan Caprice dan isteri berasa kurang selesa memandangkan anak perempuan mereka baru sahaja berusia 5 tahun dan mereka juga sedang saling belajar untuk memulakan kehidupan bersama.

Jadi, menerusi perkongsian terbaru influencer tersebut diruangan Instagram, dia telah meluahkan sedikit rasa ralat apabila isterinya sering bersedih apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab sesuka hati mengecam anak mereka lebih-lebih lagi ketika berkongsi video ketika kanak-kanak itu duduk di bahu Caprice.

Menurutnya, Elis sering menegur Aleesya yang dipanggil adik jika dia mulai bertindak lebih dari kawalan, namun Caprice sendiri yang membiarkan kerana dia masih lagi kanak-kanak.

Dalam pada itu, influencer berkenaan juga memohon maaf andai ada yang kurang senang melihat dia melayan ‘adik’ kerana dia mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak lain. Walaupun sedar baru mendapat gelaran ayah, namun dia akan berusaha sebaiknya untuk mendidik anak tersayang hingga akhir hayatnya.

Diakhir penulisan itu, Caprice sempat menegaskan bahawa sesiapa sahaja boleh berkata tentang dirinya atau isteri, namun diharap tidak menyentuh anak mereka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata bersetuju dengan Caprice dan berharap agar tiada netizen yang mengecam anak mereka kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri mendidik anak-anak.

Mereka juga berharap agar keluarga yang baru terbina ini terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.

 

Sumber: Instagram signbycap

Scroll to Top