Baru bergelar isteri, pengantin perempuan meninggal sehari selepas bernikah

Setiap pasangan yang baru berumah tangga pasti mengharapkan agar dapat hidup bersama sehingga ke usia tua.

Namun takdir Allah S.W.T siapapun tidak dapat menyangkalnya kerana Dia sudah berkehendak begitu. Kita sebagai manusia harus reda dengan qada’ dan qadar yang  telah ditetapkan.

Hal ini telah dirasai oleh seorang lelaki apabila terpaksa melalui detik cukup sukar dalam hidupnya setelah isteri yang baru sahaja dinikahi meninggal dunia sehari selepas itu.

Perkara tersebut dikongsikan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Amaleng Husni apabila berkongsi gambar bersama pasangan pengantin di atas pelamin. Menurutnya, sepupunya baru sahaja bergelar isteri sebelum meninggal dunia keesokan harinya.

Suami kepada sepupu Amaleng Husni yang dikenali sebagai Akmal Aziz juga baru sahaja memaklumkan tarikh pernikahnya pada 23 Oktober 2021 (sabtu) menerusi Facebook, namun tidak menyangka jodohnya bersama isteri tidak panjang.

Menjengah keruangan Facebook wanita itu, deretan ucapa takziah buat keluarga diterima memandangkan Allahyarham  baru sahaja bergelar isteri.

 

 

Walaupun tidak dapat dipastikan pemergiannya disebabkan apa, namun ada pihak di ruangan komen mengatakan bahawa Allahyarham meninggal dunia kerana oksigen tidak sampai ke otak. Wanita itu dipercayai pengsan secara tiba-tiba.

Sehubungan dengan itu, muat naik berkenaan tarikh pernikahan pasangan tersebut telah dipenuhi dengan ucapan takziah kepada suami Allahyarham dan masing-masing berharap agar lelaki berkenaan tabah menerima ketentuan daripada Allah.

Mereka juga mendoakan agar Allahyarham tempatkan dalam kalangan orang beriman dan rohnya terus dicucuri rahmat.

Salam takziah.

Sumber: Facebook Amaleng Husni, Akmal Aziz