Kehadiran bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin yang kini bertugas sebagai penyampai radio di Hot FM telah mencuri tumpuan ramai pagi tadi.
Ke udara bersama AG dan Johan di segmen BekpesHot, beliau dilihat sempoi bercerita rutin hariannya selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan dipecat sebagai ahli sebuah parti politik.

Walau bagaimanapun, memetik video yang dikongsi media sosial HotFM, KJ ketika ditanya sama ada akan terus berada di segmen tersebut saban hari ataupun tidak, beliau memberi jawapan bahawa tidak boleh memaklumkan perkara itu dahulu.
Apani, budak baru ni demand lah! Hahahahah 🤣
Yesss persoalan terjawab! Tuan @Khairykj akan meneruskan tugas bersama Bekpes Hot! Tapi esok KJ dah awal awal amik cuti 🤪 So nantikan pengumuman seterusnya okay? Min luvvvvv ❤️#KJJadiDJ #HotFM #BekpesHot #JohanKiniDiHotFM pic.twitter.com/emGAw6QkE2
— Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976) February 15, 2023
Ujarnya, beliau perlu ‘travelling’ ke tempat lain selepas berada di konti dan menerusi perkongsian di Insta Story, bekas Ahli Parlimen Rembau ini dilihat akan ke Singapura untuk memenuhi undangan pihak disana bagi bercakap mengenai pentadbiran kerajaan ketika ini.

Dalam pada itu, ketika orang ramai rancak membahaskan penglibatannya di radio Hot FM, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengumumkan pelantikan beliau sebagai penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Untuk rekod, Khairy Jamaluddin sebelum ini merupakan Menteri Kesihatan Malaysia sebelum kalah sewaktu bertanding dalam PRU15 di kawasan Sungai Buloh.
Menantu perdana menteri ke-5 itu sempat berseoroh bahawa dirinya menang ketika berswafoto namun kalah sewaktu bertanding di PRU.
Sumber: Twitter Hot FM, Instagram KJ, Facebook Khairy Jamaluddin




